TENTANG KOLEJ UNITI
Kolej UNITI telah diluluskan
penubuhannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15hb Mac 1997 dan
memulakan operasinya di kampus yang terletak di Kompleks UNITI, Pasir
Panjang, Port
Dickson, Negeri
Sembilan. Pada tahun pertama, seramai 170 pelajar telah mengikuti program Pra Sains
UiTM. Pada tahun berikutnya, pelajar Kolej UNITI meningkat kepada 405 orang
dengan 4 program akademik. Pada tahun 2001, dengan 10 program akademik jumlah
pelajar telah berkembang kepada 1110 orang. Kini Kolej UNITI telah berjaya
menawarkan 13 program yang mendapat kelulusan penuh dari Jabatan Pengajian
Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Semua program telah mendapat
pengiktirafan dari Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Hingga kini, Kolej UNITI telah berjaya mengeluarkan hampir 4000 graduan melalui pelbagai program. Setakat ini, 6 kumpulan graduanProgram Diploma Pengajian Islam seramai 150 orang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al Azhar Mesir. Selari dengan Visi dan Misi, Kolej UNITI sentiasa memastikan graduannya berjaya menamatkan pengajian pada kelulusan akademik yang tertinggi dan mempunyai personaliti yang baik dan berakhlak mulia.
Untuk mencapai visi dan misi tersebut, Kolej UNITI sentiasa memantau perjalanan Hal Ehwal Pelajar agar dapat berjalan dengan baik. Hal Ehwal Pelajar Kolej UNITI yang berfungsi menjaga kebajikan pelajar dan membantu program-program pelajar dilaksanakan dengan jayanya. Unit Hal Ehwal Pelajar terdiri daripada Jawatankuasa Kepimpinan Mahasiswa, Kelab-kelab Pelajar, Majlis Felo, Majlis Pembimbing Rakan Siswa (MPRS) dan Unit Runding Cara Pelajar.
PIAGAM PELANGGAN

·
Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan
memenuhi piawaian yang telah ditetapkan.
·
Memastikan prasarana akademik mencukupi dan berada dalam keadaan sempurna.
·
Memastikan semua kemudahan ko-kurikulum, kebajikan dan rekreasi pelajar
mencukupi dan berada dalam keadaan sempurna.
·
Mengurus dan menyelesaikan semua masalah pelaksanaan peperiksaan supaya
setiap pelajar dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan tenang dan selesa.
·
Menyediakan prasarana di asrama dalam keadaan tersedia untuk digunakan.
·
Keputusan peperiksaan semester akan dihantar kepada ibubapa dan
penaja dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas diluluskan oleh kolej.
·
Memastikan supaya semua pelawat yang berkunjung ke kolej akan dilayan dalam
tempoh lima belas minit.
·
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan
teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi
perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
TENTANG KOLEJ JAIPUTRA
Perihal
Sebuah kolej yang memberi penekanan khusus dalam pembangunan modal insan di
samping kecemerlangan akademik.
Misi
"Kami bertekad untuk menjadikan Kolej Jaiputra sebagai sebuah IPTS
yang berdaya saing dan mengungguli pendidikan bersepadu untuk melahirkan tenaga
profesional yang seimbang dan bertaraf dunia selaras dengan aspirasi
ummah".
Keterangan
Sebuah IPTS yang telah ditubuhkan sejak 1998 sehingga hari ini.
Maklumat Umum
Kolej Jaiputra mula
beroperasi pada tahun 1998. Kolej ini menawarkan sistem pengajian bersepadu di
antara bidang profesional dan pengajian Islam. Bermula Jun 2005, Jaiputra kini beroperasi
di Kampus Kijang berhampiran Pantai Cahaya Bulan (PCB).
VISI - "Menjadikan Kolej Jaiputra sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) yang mengungguli pendidikan bersepadau".
FALSAFAH - "Ketuhanan adalah asas ilmu yang benar. Alam seluruhnya disediakan untuk kemakmuran sejagat. Manusia bertanggungjawab terhadap Rabbul Jalil atas segala tindak tanduknya. Mematuhi hakikat ini, Jaiputra berusaha membina insan yang bertaqwa dan berketrampilan melalui pendidikan bersepadu".
MOTO - "Ketaqwaan, Ketrampilan, Kecemerlangan" & "Bertekad Mentarbiyyah"
MATLAMAT
- Menjadi model sistem pendidikan tinggi bersepadu di Malaysia dan negara serantau.
- Mencapai pengiktirafan kualiti bertaraf antarabangsa dari aspek pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran.
- Melahirkan graduan yang berkeperibadian seimbang dan boleh dipasarkan.
- Mempunyai warga kerja yang berprestasi tinggi dan mengamalkan prinsip-prinsip Islam.
- Memperolehi pertumbuhan keuntungan yang berterusan.
- Prasarana pembelajaran, pengajaran dan persekitaran yang kondusif untuk keseluruhan warga kolej.
Kursus yang ditawarkan di Kolej Jaiputra Kelantan

|
No comments:
Post a Comment