KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

KEMUDAHAN DAN PERHIDMATAN

Pembiayaan Pinjaman Pelajaran MARA & PTPTN
Bagi Program Diploma UNITI, UiTM Dan UPM Di Kolej UNITI



Pihak Kolej UNITI akan membantu memohon pinjaman (yuran pengajian & elaun sara diri) dari MARA / PTPTN.

MARA

Pembiayaan pinjaman pendidikan MARA adalah merangkumi :-
  • Yuran pengajian bagi keseluruhan program pengajian untuk 3 tahun (6 semester) tersebut akan dibayar oleh pihak MARA terus kepada Kolej UNITI.
  • Elaun sara diri (RM***.** sebulan) akan dimasukkan terus ke dalam akaun pelajar.

      DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN MARA:
      • Gambar terkini berukuran paspot
      • Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej UNITI
      • Salinan sijil kelahiran pelajar, ibu dan bapa
      • Salinan sijil kematian ibu/bapa (jika berkaitan)
      • Salinan kad pengenalan pelajar, ibu dan bapa
      • Salinan sijil akademik SPM / STPM / Pra Diploma / Sijil
      • Salinan sijil berhenti sekolah
      • Salinan penyata gaji/ Borang J/ Surat Pengesahan Pendapatan/ Penyata Pencen ibubapa yang terkini (** Sila rujuk maklumat tambahan dibawah)
      • Sebuah esei perihal diri dan perancangan pendidikan dan kerjaya masa depan pelajar, lebih kurang 300 patah perkataan secara bertulis tangan yang kemas atau bertaip.
      • Salinan buku akaun simpanan CIMB.



      PTPTN

      DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN PTPTN:
      • Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej UNITI
      • Salinan kad pengenalan pelajar
      • Salinan penyata gaji/ Borang J/ Surat Pengesahan Pendapatan/ Penyata Pencen ibubapa yang terkini (** Sila rujuk
      • Salinan sijil akademik SPM
      • Pengesahan Pendapatan Ibu(sekiranya tidak bekerja)
      • Salinan buku akaun simpanan Bank Muamalat.

      Maklumat Tambahan
      • Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga jika tiada slip gaji @ borang J. Surat ini hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Kampung, Penghulu / Penggawa, Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat dimana penama bermastautin.
      • Sila sediakan segala dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran bagi tujuan mempercepatkan proses permohonan pinjaman pelajaran.
      • Borang permohonan pinjaman permohonan MARA akan disediakan secara percuma setelah pelajar mendaftarkan diri di Kolej UNITI.

      SEMUA SALINAN DOKUMEN HENDAKLAH DISAHKAN BENAR OLEH:
      • Ketua Kampung @ Penghulu, Pegawai Daerah yang mempunyai Cop Jawatan Rasmi ATAU
      • Semua Pegawai-pegawai kerajaan dan badan berkanun dalam kumpulan A dan B seperti Pengetua dan Guru Besar sekolah ATAU
      • Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman seperti Majistret, Peguambela & Peguamcara ATAU
      • Wakil Rakyat ATAU
      • Jaksa Pendamai (JP)



      Sebarang pertanyaan mengenai maklumat ini, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan, click disini

      E-mailPrintPDF

      Penginapan & Pengangkutan Untuk Pelajar Kolej UNITI


      Kolej UNITI menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif kepada semua pelajar. Semua pelajar wajib tinggal di asrama yang disediakan.
      Kemudahan WIFI 24 jam juga di sediakan bagi memberi kemudahan kepada semua pelajar untuk mengekses internet.


      Kemudahan Pelajar di Kolej UNITI

      E-mailPrintPDF

      Kolej UNITI menyediakan beberapa kemudahan bagi keselesaan pelajar semasa sesi pembelajaran.
          Antara kemudahan lain yang di sediakan untuk pelajar Kolej UNITI adalah seperti berikut:
            • Perpustakaan Berinternet
            • Makmal Komputer
            • Makmal Elektronik
            • Surau
            • WIFI
              Auditorium Kolej UNITI boleh digunakan untuk kelas, seminar serta aktiviti pelajar seperti persembahan dan lain-lain lagi.
                  Kafeteria Kolej UNITI menyediakan pilihan makanan yang lazat dan berkhasiat serta harga berpatutan, disamping itu juga lokasi kefeteria berhadapan Laut Selat Melaka.

                  E-mailPrintPDF

                  Unit Runding Cara Pelajar (URCP)


                  URCP adalah sebuah unit yang wujudkan oleh Kolej UNITI di bawah penyeliaan Hal Ehwal Pelajar (HEP Kolej UNITI)

                  Antara tanggungjawab ERCP utama ialah :

                  1. Memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling akademik, personal dan lain-lain.
                  2. Menyusun program pemulihan pelajar yang lemah dalam akademik.

                  Dalam menjalankan tanggungjawap utama seperti di atas, URCP juga menyediakan beberapa perkhidmatan secara PERCUMA antaranya seperti perkhidmatan memberi panduan menjaga kesihatan, memjalankan perkhidmatan mengukur tekanan darah dan mengukur glukosa dalam darah.

                  Kepada pelajar yang ingin memerlukan perkhidmatan tersebut bolehlah berhubung terus dengan Cikgu Badrul Hisham Bin Ithnin di pejabatnya untuk membuat temujanji.


                  URCP Kolej UNITI di ketuai oleh:


                  Cik Siti Zaleha Bt. Ahmad sebagai Eksekutif Runding Cara Pelajar (ERCP), Beliau mendapat Ijazah dalam bidang psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2002-2005, Beliau juga sedang menyambung pengajian Master In Education Psychologies di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


                  Para pelajar yang memerlukan perkhidmatan beliau bolehlah menghubungi beliau di:

                  Telephon Bimbit : 0122610814 atau
                  E-mail : sitizaleha@uniti.edu.my

                  E-mailPrintPDF

                  Perpustakaan Kolej UNITI


                  Perpustakaan Kolej UNITI menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan pengguna seperti berikut :


                  Perkhidmatan Pinjaman Bahan Perpustakaan

                  Perkhidmatan Maklumat dan Rujukan

                  Perkhidmatan Fotostat & Mencetak


                  WAKTU OPERASI :

                  Hari Biasa
                  Isnin - Khamis
                  8.30 Pagi - 5.30 Petang

                  Cuti Semester
                  Isnin - Khamis
                  8.00 Pagi - 1.00 Tengah hari
                  2.00 Petang - 5.00 Petang

                  Friday
                  8.300 Pagi - 12.15 Tengah hari
                  2.45 Petang - 5.00 Petang

                  SUSUNAN KOLEKSI & PANDUAN PENGKELASAN LCC

                  Koleksi perpustakaan dikelas dan diberikan nombor khas. Ini adalah untuk memastikan kolesi di bawah didang perkara yang sama, disusun bersama di rak. Nombor khas ini dikenali dengan nama Nombor Panggilan (Call Number) dan ditampal pada tulang buku atau bahan. Pengetahuan asas mengenai skim pengkelasan perpustakaan Kongres (LCCS) dapat membantu memudahkan pencarian bahan di rak kerana pengkelasan bahan perpustakaan adalah mengikut skim ini.


                  PERATURAN-PERATURAN
                  • Sebahagian dari peraturan-peraturan ini adalah diperlukan untuk mencapai objektif perpustakaan.
                  • Setiap ahli perpustakaan mesti mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
                  • Tindakan akan diambil sekiranya tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
                  • Ahli perpustakaan boleh menggunakan kemudahan yang ada sekiranya dibenarkan oleh pustakawan.
                  • Kad matrik perlu ditunjukan sekiranya diminta oleh pustakawan.
                  • Tidak dibenarkan makan, minum, merokok dan tidur di perpustakaan.
                  • Pengguna dikehendaki senyap ketika berada di perpustakaan supaya tidak mengganggu pengguna lain.
                  • Telefon mudah alih dibenarkan di perpustakaan tetapi hendaklah berkeadaan senyap.
                  • Pengguna tidak dibenarkan mengalihkan bahan-bahan bacaan sesuka hati.
                  • Pengguna yang merosakkan harta benda perpustakaan akan dikenakan 2 kali ganda bayaran dari harga asal.
                  • Semua pelajar diminta untuk berpakaian sopan. pustakawan berhak memberi arahan untuk keluar dari perpustakaan sekiranya tidak memakai pakaian yang sesuai seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kolej.
                  • Semua pelajar perlu mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan.
                  • Semua pelajar perlu mematuhi kod etika pemakaian yang ditetapkan oleh pihak kolej.


                  No comments:

                  Post a Comment