FAKULTI

FAKULTI

Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan

E-mailPrintPDF
ftk banner
1. MisiMenjadikan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan bertaraf antarabangsa dengan kelestarian ilmu yang kreatif dan inovatif.
2. Visi
  • Memartabatkan ilmu melalui pendidikan dan kesarjanaan teknikal yang inovatif
  • Membentuk teknokrat yang bersahsiah mulia, amanah dan professional
  • Menjana pembangunan lestari bersama industri dan masyarakat
3. Objektif
  • Mengendalikan program akademik berlandaskan kepada keperluan industri semasa
  • Melahirkan graduan berpengetahuan relevan, kompetensi dalam kemahiran teknikal, mempunyai kemahiran insaniah dan peka kepada tanggungjawab sosial.
  • Menyemai dikalangan graduan kaedah saintifik, berfikiran kritikal, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • Menggalakkan aktiviti dengan kerjasama industry demi menjana kemakmuran Negara.
  • Melengkapkan graduan dengan nilai-nilai kepimpinan, komunikasi, keusahawanan dan pembelajaran berterusan.

Program Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan



1. Program Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia (DKTM)
  • Pengenalan
Kejuruteraan teknologi multimedia merupakan satu disiplin yang merangkumi bidang kejuruteraan komputer dan multimedia. Gabungan unik ini menghasilkan graduan dalam bidang kejuruteraan yang mahir dari segi teknikal dan teori dalam asas-asas elektronik, teknologi perkakasan dan perisian komputer, pengunaaan teknologi dan aplikasi multimedia dalam kejuruteraan komputer dan komunikasi. Program DKTM yang telah ditubuhkan sejak Mei 1998, merupakan program tunggal yang dijalankan secara usahasama dengan Fakulti Kejuruteraan UPM. Kurikulum yang dibangunkan oleh pihak UPM ini meliputi keperluan semasa dan pemantauan berkala sentiasa dilaksanakan oleh pihak UPM bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran mencapai piawaian yang ditetapkan. 
Dengan syarat masuk yang minimum iaitu mendapat 5 kredit termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan salah satu matapelajaran sains/teknikal, para pelajar mempunyai peluang untuk mendapat tajaan MARA. Program pengajian 3 tahun ini telah mendapat pengiktirafan Akreditasi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pelajar juga dilengkapi dengan persijilan kursus pendek secara teknikal dari Kolej Komuniti yang diiktiraf oleh KPT. Telah ramai graduan yang cemerlang dan diterima oleh banyak sektor industri khususnya IT dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer dan mendapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi samada di IPTA tempatan dan luar Negara.  Pihak fakulti akan berusaha untuk menjadikan program ini sebagai satu program yang ideal di mana graduan dapat menggarap kecemerlangan akademik, perkembangan rohani dan insaniah serta kemahiran sepanjang hayat bagi menghadapi cabaran akan datang.
  • Struktur pengajian
Litar Elektrik – Teknologi Peranti Elektronik – Elektronik Analog – Elektronik Digit – Rekabentuk Terbantu Komputer – Pembinaan Sistem Elektronik & Komputer - Organisasi Komputer – Teori Asas Komunikasi - Komunikasi Komputer – Aplikasi Komputer – Asas Pengaturcaraan – Mikropemproses – Rekabentuk Multimedia – Grafik Imej – Teknologi Audio Video – Pengaturcaraan Pengantaramuka Grafik – Pengaturcaraan Internet – Penyelenggaraan dan Pentadbiran Pelayan Sistem Multimedia – Pengurusan Pangkalan Data

Aljabar Asas – Kalkulus Asas – Statistik Permulaan
Oral Interaction Skills – General Writing Skills – English for The Workplace
Tamadun Islam dan Tamadun Asia – Kenegaraan Malaysia – Perhubungan Etnik – Pertanian & Manusia, Kokurikulum
  • Prospek kerjaya
Graduan lulusan DKTM  berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan di universiti-universiti tempatan. Graduan lulusan kursus ini juga berpeluang mendapat pekerjaan di mana-mana institusi kerajaan atau swasta dengan menggunakan sijil kelayakan diploma tersebut. Di antara peluang kerjaya bagi lulusan kursus ini adalah:

  • Production technician
  • Audio Video Technician
  • Computer / Electronic Lab Technician
  • IT Helpdesk
  • IT Technician
  • Multimedia Designer
  • Communication Assistant Engineer
  • IT Executive
  • Electronic Assistant Engineer
  • Assistant System Analysis
  • Programmer


2. Program Diploma Computer Network (DCN)
  • Pengenalan
Bidang Komputer meliputi aplikasi yang sangat luas. Kemajuan dalam bidang teknologi digital mewujudkan permintaan yang berterusan untuk profesional mahir. Pelajar rangkaian komputer bersedia untuk mengambil peranan kepimpinan dalam pembangunan aplikasi dan pengurusan teknologi ini. Kefahaman teknikal yang disediakan oleh program DCN Kolej UNITI membolehkan pelajar memenuhi cabaran dunia era digital yang sentiasa berubah. Silibus yang dibangunkan meliputi keperluan semasa dan dilengkapi dengan program Cisco Certified Network Associate (CCNA) dari CISCO sebagai nilai tambah bagi mereka untuk menyiapkan diri ke dunia kerjaya. Pelajar juga dilengkapi dengan persijilan kursus pendek secara teknikal dari Kolej Komuniti yang diiktiraf oleh KPT. Program ini telah mendapat akreditasi penuh daripada Lembaga Akriditasi Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dengan syarat masuk yang minimum iaitu mendapat 3 kredit termasuk Matematik, para pelajar mempunyai peluang untuk mendapat tajaan MARA. Selepas menamatkan program ini, pelajar akan mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan mendapat pengalaman yang bernilai untuk melakukan kerja-kerja rangkaian seperti  menyusun, mengawal dan mengendalikan rangkaian sistem maklumat.
  • Struktur pengajian
Programming fundamental – Computer Fundamental – Computer Organization – Network Programming – Data Communication & Networking – Network Management & Administration – Network Troubleshooting – Unix & Linux – Remote Access Server – Network Operating System – Network Security – Web Security – Wireless Network – Project Management – Multimedia Networking – Internet Programming, CCNA I: Networking Fundamental – CCNA II: Router Protocol and Concepts – CCNA III: LAN Switching and Wireless – CCNA IV: Accessing the WAN.Calculus – Discrete Mathematics - Foundation English – Intermediate English – English for Academic Purposes – Professional Communication - Pemikiran Kritis/Kemahiran Kepimpinan - Bahasa Kebangsaan - Pengajian Malaysia - Etika dan Moral - Bakti Siswa
  • Prospek Kerjaya
Graduan lulusan Diploma Rangkaian Komputer (DCN)  berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan di universiti-universiti tempatan. Graduan lulusan kursus ini juga berpeluang mendapat pekerjaan di mana-mana institusi kerajaan atau swasta dengan menggunakan sijil kelayakan diploma tersebut. Di antara peluang kerjaya bagi lulusan kursus ini adalah :

  • Penolong Pentadbir Rangkaian/Asst. Network Manager
  • Koordinator Rangkaian/Network Coordinator
  • Penganalisa Rangkaian/Network Analyst
  • Juruteknik Penyelenggaraan/Technician Maintenance
  • Juruteknik Rangkaian/Network Technician
  • Sokongan Sistem/System Support
  • Sokongan Teknikal/Technical Support
  • Helpdesk Specialist
  • Pegawai ICT/ICT Officer


3. Program Diploma Sains Komputer (DSK)
  • Pengenalan
Selaras dengan perkembangan dunia IT, sains komputer menjadi satu bidang yang sangat penting dan berdaya saing untuk membangunkan dan memajukan sesebuah negara. Melalui program diploma ini, pelajar akan didedahkan dengan aspek utama meliputi bahasa pengaturcaraan berasaskan web dan antara muka serta pengurusan data. Selain itu , pelajar juga berpeluang mempelajari kursus-kursus lain seperti Multimedia, Rangkaian Komputer, Grafik, keselamatan dengan menggunakan perisian-perisian komputer yang sentiasa dikemaskinikan mengikut keperluan semasa dalam bidang IT. Silibus DSK yang dibangunkan meliputi keperluan semasa dan dilengkapi dengan program Microsoft Certified Systems Engineers (MCSE) dari Microsoft Coorperation sebagai nilai tambah bagi mereka untuk menyiapkan diri ke dunia kerjaya. Pelajar juga dilengkapi dengan persijilan kursus pendek secara teknikal dari Kolej Komuniti yang diiktiraf oleh KPT. Program ini telah mendapat akreditasi penuh daripada Lembaga Akriditasi Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dengan syarat masuk yang minimum iaitu mendapat 3 kredit termasuk Matematik, para pelajar mempunyai peluang untuk mendapat tajaan MARA. Dengan mengikuti program DSK kolej UNITI, graduan akan memiliki teori dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat serta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi ke industri yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran teknikal IT yang tinggi dalam mengendalikan infrastruktur IT canggih masakini.
  • Struktur pengajian
Pengaturcaraan Komputer - Teknologi Maklumat dan Persekitaran - Organisasi Komputer - Komunikasi Data dan Rangkaian Komputer - Pengaturcaraan Visual Basic - Asas Sistem Digit - Sistem Pengoperasian - Pangkalan Data - Pengaturcaraan Internet - Struktur Data - Pengaturcaraan Berorientasikan Objek - Kejuruteraan Perisian - Analisis dan Rekabentuk Sistem - Sistem Multimedia - Sistem Teragih - Tajuk-tajuk Khas Teknologi Maklumat – MCSE I: Installing, Configuring and Administering Client Operating Systems – MCSE II: Implementing And Administering Server Operating Systems And Active Directory Services – MCSE III: Implementing Database – MCSE IV: Planning And Maintaining A Server Network Infrastucture – MCSE V: Implementing A Server Network Insfrastucture Calculus – Discrete Mathematics - Foundation English – Intermediate English – English for Academic Purposes – Professional Communication - Pemikiran Kritis/Kemahiran Kepimpinan - Bahasa Kebangsaan - Pengajian Malaysia - Etika dan Moral - Bakti Siswa
  • Prospek Kerjaya
Graduan lulusan Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan di universiti-universiti tempatan.Graduan lulusan kursus ini juga berpeluang mendapat pekerjaan di mana-mana institusi kerajaan atau swasta dengan menggunakan sijil kelayakan diploma tersebut. Di antara peluang kerjaya bagi lulusan kursus ini adalah :

  • Pengaturcara/programmer
  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat/IT assistant officer
  • Pembangun Web/web developer
  • Penolong Sokongan Teknikal/technical support assistant
  • Penolong Pentadbir Pangkalan Data/database administrator assistant
  • Penolong Pentadbir Sistem/system administrator assistant
  • Penolong Jurutera Rangkaian/network engineer assistant
  • Penolong Pengurus Projek/project manager assistant

Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia

E-mailPrintPDF
FPPM telah mula menawarkan program pertamanya iaitu Diploma Pendidikan prasekolah pada tahun 2007 dan menjadi antara ‘Terawal’ dikalangan IPTS dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. Justeru itu program ini menjadi pilihan dan mempunyai pelajar terbesar di kolej UNITI.
Visi FPPM adalah menjadi peneraju dalam pendidikan yang berasaskan gender dan melahirkan modal insan berjiwa pendidik bagi memenuhi keperluan Negara.
Misi FPPM adalah membina pengetahuan dan kemahiran mendidik bagi memastikan teknik pendidikan dan nilai yang dipraktiskan terbaik dan membina keusahawanan inovatif yang memenuhi kehendak pasaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Bagi melahirkan usahawan inovatif, kerjasama pintar antara FPPM, institut HBNG dengan BondaMama industri pendidikan awal kanak telah dilakukan bagi melatih dan memprogramkan graduan yang terpilih.
Justeru itu graduan mempunyai peluang yang sangat terbuka samaada untuk memilih kerjaya atau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di IPTA atau IPTS.

 

Program Fakulti Pendidikan Dan Pembanguan Manusia

Diploma Pendidikan Prasekolah (DPS)

Merupakan bidang yang berkembang pesat dan mempunyai pasaran kerja yang terbuka luas. Program ini mengabungkan pengetahuan psikologi, pengurusan, pedagogi, keusahawanan dan pelbagai disiplin lain. Praktis pengajaran dan pembelajaran yang banyak menekankan aspek kemahiran dan projek serta sistem penilaian yang dijalan secara ‘ pertandingan’. Disamping itu juga kurikulum DPS dipakejkan dengan teknik pengajaran khusus untuk kanak-kanak lelaki dan teknik pengajaran secara kreatif.


PELUANG KERJAYA

  • Guru di sector kerajaan atau swasta
  • Usahawan Tadika
  • Pentabir dan Pengurus pusat pendidikan awal kanak-kanak
  • Jurulatih
  • Penulis buku kanak-kanak

PELUANG SAMBUNG BELAJAR

Di semua IPTA yang mempunyai bidang yang sama seperti UPSI, UKM, USM dan UNIMAS dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Di semua IPTS yang mempunyai bidang yang sama khususnya UNITAR Internataional University dalam Bidang Program Ijazah sarjana Muda Pendidikan Awal kanak (pemindahan sebanyak 30 kredit)


Bacehelor Pendidikan Awal Kanak-Kanak (BECE)

Program Ijazah sarjana Muda Pendidikan Awal kanak kanak (BECE) ini merupakan program Unitar International University yang dijalankan di kolej UNITI sebagai Pusat Wilayahnya di Negeri Sembilan.
Objektif program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) (Kepujian) ini adalah untuk melengkapkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pendidik awal kanak-kanak, dan dalam profesion yang berkaitan. Ia memberi tumpuan kepada pendidikan kanak-kanak dari lahir hingga lapan tahun. Antara kursus pendidikan awal kanak-kanak Pendekatan dalam Kanak-kanak Awal Pendidikan Portfolio, untuk Kanak-kanak muda, Kanak-kanak dan Kreativiti Anak Urusan Kelakuan, Alam Sekitar Pembelajaran untuk Kanak-kanak muda, Keusahawanan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak, Bahasa dan Literasi untuk Kanak-kanak muda, Mainan Kanak-kanak dan Playtime , Pengajaran Praktikum, dan untuk menjalankan Kertas Projek bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Dua pengkhususan yang ditawarkan, iaitu Kanak-kanak Pusat Pengurusan dan Performing Arts Kanak-kanak.

Program ini juga membolehkan untuk pembangunan kemahiran penyelidikan di kalangan siswazah. Dengan kakitangan yang bersemangat dan berpengalaman, program pendidikan awal kanak-kanak membantu untuk menyediakan graduan untuk memenuhi permintaan masa depan dan cabaran profesion perguruan di peringkat nurseri dan tadika, bagi kedua-dua sektor awam dan swasta. Ia melengkapkan sasaran kerajaan untuk memastikan bahawa semua guru dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda untuk Kementerian Pendidikan, dan pemegang Diploma sekurang-kurangnya untuk sektor swasta. Program juga menangani kekurangan kritikal pengamal awal berkelayakan pendidikan zaman kanak-kanak di sekolah-sekolah kerajaan dan institusi swasta.

PELUANG KERJAYA

Geraduan lulusan ijazah boleh menjawat sebagai:-
  • Educator,
  • Trainer,
  • Child Centre Manager/Director,
  • Executive, Deputy Principal, Principal, Consultant, Counsellor, Guidance Officer, Teacher, Students Advisor, Author (Children’s Books) ,
  • Event Planner,
  • Radio/TV/Theatre Performer,
  • Puppeteer,
  • Children Story Teller,
  • Illustrator (Children’s Books),
  • Clown/Entertainer/Magician,
  • Pre-School Teacher,
  • Art/Drama/Music Teacher,
  • Children Dietician/Nutritionist or Child/Family/School Social Worker.

Fakulti Pengajiian Dan Pengurusan Islam

E-mailPrintPDF
fppi banner
Program Fakulti Pengajian Dan Pengurusan Islam (FPPI) menyediakan kursus-kursus fokus karier dalam bidang perniagaan, perakaunan, perbankan Islam serta pengajian dan pengurusan Islam.

Misi

Bertekad untuk menjadikan fakulti rujukan dalam bidang pengurusan, perniagaan, perakaunan, muamalat dan pengajian Islam yang menggunakan teknologi terkini yang menepati keperluan pihak yang berkepentingan serta relevan dengan keperluan masyarakat agarsejajar dengan visi Kolej UNITI.

Diskripsi

Di FPPI, kami amat berdedikasi dalam membantu dan memastikan pelajar mendapat gabungan terbaik pengalaman pembelajaran teori dan praktikal. Semakin banyak anda belajar dengan kami, semakin banyak yang anda tahu tentang diri anda, minat, kebolehan dan potensi diri. Anda juga berpeluang meningkatkan prospek kerjaya dan mula membina kerjaya anda. Di sinilah segalanya bermula...

Program Fakulti Pengajian Dan Pengurusan Islam

  1. Diloma Pengurusan Perniagaan (UNITI)
  2. Diploma Perakaunan (UNITI)
  3. Diploma Pengurusan Muamalat (UNITI)
  4. Diploma Pengajian Islam / DPI (UNITI)
  5. Diploma Usuluddin (UNITI)
  6. Sijil Pengurusan Masjid (UNITI)
  7. Diploma Pengurusan Halal / Halal Excecutive Program (UNITI)
  8. Diploma Perakaunan / Diploma In Accounting  (UNITI - UiTM)
  9. Diploma Pengajian Perniagaan / Diploma Business Study  (UNITI - UiTM)
  10. Pra Perdagangan (UNITI - UiTM) 

No comments:

Post a Comment