Thursday 30 January 2014

Bantuan Pinjaman/ Biasiswa Pelajaran

Bantuan Pinjaman/ Biasiswa Pelajaran

Bantuan Pinjaman/ Biasiswa Pelajaran

Antara bantuan pelajaran yang di senaraikan


Pelajar yang menyambung pelajaran samada di IPTA atau IPTS boleh memohon pelbagai bantuan pendidikan yang disediakan seperti daripada MARA, yayasan pelajaran negeri, baitulmal, serta bantuan bantuan pendidikan lain.

Perlu difahami bahawa setiap jumlah bantuan serta terma dan syarat bagi setiap pembiaya adalah berbeza, oleh itu pelajar dinasihati untuk berurusan secara terus dengan pihak terbabit sebelum memohon sebarang bantuan.

Dibawah adalah antara senarai bantuan yang boleh dipohon.Sila klik terus pada gambar untuk ke laman sesawang bantuan.

Majlis Amanah Rakyat MARA


Bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman pelajaran merupakan salah satu daripada aktiviti utama MARA di bawah Sektor Pendidikan. Bantuan ini ditawarkan kepada pelajar bumiputera yang berkelayakan dan berpotensi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Bahagian yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti ini ialah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Objektif Pinjaman Mara adalah  untuk menambah guna tenaga terlatih bumiputera dalam bidang profesional, teknikal dan pengurusan melalui penyediaan kemudahan pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di dalam dan di luar negara.

Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 9. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka.
Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka.

TAPEM befungsi untuk mengurus dan mentadbir tabung bantuan atau pinjaman iaitu:
  • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)
  • Bantuan Institusi Pengajian Tinggi
  • Biasiswa Pelajar Sekolah Menengah (BK/BI)
  • Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah Rendah
  • Anugerah Sekolah Cemerlang dan Pelajar Cemerlang

Lembaga Zakat Selangor

Sila dapatkan borang di kaunter terdekat atau cetak dari laman web kami diwww.e-zakat.com.my. Antara syarat bagi bantuan ini, pendapatan ibu/bapa/penjaga kurang dari RM6,000.

Syarat-syarat bantuan boleh diperolehi di laman sesawang seperti yang tertera di atas.

Yayasan Pelajaran Johor

Bantuan daripada yayasan pelajaran johor.

* Pelajar yang memohon bantuan ini perlu memuat turun borang pengesahan
   pendapatan ibubapa. Untuk memuat turun sila klik disini

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Perlis

Selain itu, pelajar juga boleh memohon bantuan daripada pejabat rasmi kerajaan negeri perlis.  
Untuk memuat turun sila klik disini

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

Bantuan daripada MUIP.

Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Kelantan

Bantuan daripada MAIK.

Yayasan Terengganu

Selain daripada yayasan terengganu, pelajar juga boleh memohon bantuan daripada

1. Pusat Urusan Zakat MAIDAM

Yayasan Perak

Selain daripada yayasan perak, pelajar juga boleh memohon bantuan daripada Majlis Agama Islan dan Adat Istiadat Melayu Perak.

Untuk memuat turun borang,sila klik disini

E-Pinjaman Penuntut Pulau Pinang

Selain daripada epp, pelajar juga boleh memohon bantuan daripada Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

Untuk memuat turun borang,sila klik disini

No comments:

Post a Comment